Tentang Kami

Design • Supply • Build

One Stop Centre yang membantu pelanggan kami dari proses perancangan pembinaan, penyediaan bahan bina & sehingga aksesori serta kelengkapan rumah. Semuanya di sini.

ANDA KEUTAMAAN KAMI

Fokus kami ialah membantu merealisasikan rumah impian anda.

Dengan pengalaman hampir 40 tahun beroperasi dalam industri pembekalan bahan binaan, kami di Hassan Hardware sentiasa menambah-baik servis dan perkhidmatan supaya terus membantu bakal pemilik rumah mendapatkan bahan binaan berkualiti serta diyakini. Kami tekad memegang nilai TELUS, JUJUR, PRIHATIN dengan menyediakan khidmat nasihat bertaraf 5 bintang bagi memastikan rumah anda terbina dengan selamat & selesa. Kepuasan anda adalah keutamaan kami.

Piagam Pelanggan Kami

Kami mengamalkan sikap telus dalam menyediakan informasi yang tepat dan menyeluruh supaya dapat membantu anda membuat pilihan terbaik untuk membina rumah idaman anda

  • Pemberian informasi produk secara menyeluruh
  • Cadangan produk alternatif bagi menyelesaikan isu pembinaan anda
  • Memastikan anda berpuas hati mendapat bahan binaan sesuai dengan bajet & kehendak anda

Kejujuran adalah antara nilai yang dipupuk dalam kalangan kru Hassan Hardware bagi memastikan anda memperoleh barangan yang tulen.

  • Membekal barangan berkualiti kepada pelanggan
  • Pelanggan mendapat bahan binaan mengikut spesifikasi produk yang ditempah

Sikap prihatin kepada pelanggan adalah nilai yang penting Hassan Hardware amalkan kerana kepuasan anda keutamaan kami

  • Team kami akan memastikan bahan binaan selamat dihantar ke tapak rumah anda
  • Harga yang berpatutan & kompetitif dengan pasaran semasa
  • Perkongsian tips untuk bantu pelanggan membuat pemilihan bahan binaan bersesuaian dengan kehendak dan kegunaan
  • Servis layanan mesra pelanggan

PASUKAN KAMI

Kami mempunyai team yang pakar dalam pelbagai bidang & sentiasa bersiap sedia untuk membantu anda

Bahan Bina

Memastikan segala keperluan binaan asas yang anda perlukan adalah berkualiti & menepati piawaian kejuruteraan dengan cadangan penjimatan yang terbaik

Tools

Terus berusaha memberikan info yang padat & tepat supaya anda memmperoleh solusi terbaik untuk isu kediaman anda

Paint

Memberi kepuasan terbaik buat anda dengan cadangan ‘colour scheme’ yang memukau & bersesuian dengan kehendak hati anda

Progres Pembinaan

Memastikan pelanggan VIP kami mendapat servis terbaik dengan memastikan pengurusan ‘ordering’ bahan binaan berlaku dengan cekap bagi mengelakkan pembaziran wang ringgit anda

Logistik

Setiap barangan yang ditempah oleh pelanggan kami akan dihantar ke tapak bina rumah anda dalam keadaan selamat & terjaga